Pemandu Teksi
harga sebuah memori
Keadaan gelanggang yang hingit-bingit dek sorakan penonton menambahkan lagi semangat mereka sekumpulan. Pandangan Allen bersilih ganti ke arah Eddy,Dizzly dan Joey. Mereka mesti kalahkan pasukan Black Pawn malam ni jugak kerana mereka ingin menunaikan janji mereka bersama, mereka harus jadi juara malam ni. Bunyi wisel ditiup jelas gemanya di seluruh gudang tu.... Allen berbisik perlahan..
“Saya akan menang,Alice....”
“DIA tu nak masuk ke tak dalam kedai aku ni? Nak beli ke tak ni?” omel Alice sendirian pabila melihat kelibat seorang pemuda berdiri di depan kedainya agak lama. Hatinya tetiba terdetik untuk menegur pemuda tersebut memandangkan sudah lama dia berdiri di depan sana. Pintu kaca kedainya diketuk berkali-kali dari dalam, mengharapkan agar pemuda tu berpaling ke arahnya.
“Huh?” Allen memandang hairan pada Alice yang bertindak menggerak-gerakkan jemarinya. Alice menuding-nuding jarinya kepada Allen yang kemudian menghala ke dalam kedainya.
“Masuk?” tanya Allen ragu-ragu. Dia tersenyum pabila melihat Alice mengangguk pantas. Allen sendiri ketawa mengingati gelagatnya itu. Hampir beberapa minit Allen berlegar-legar di dalam kedai Alice namun tiada sepasang kasut pun dia sentuh. Yang berjaya menangkap matanya hanya Alice seorang. Walaupun tindakannya disedari Alice, dia hanya tersenyum membalas pandangan mata Alice.
Allen membelek-belek wang sakunya di dalam dompet, hanya keluhan yang mampu dia keluarkan. Melihat riak wajah Allen yang terpinga-pinga tu membuatkan Alice hairan sehingga dia terpandang beberapa wang kertas di tangan Allen. Wang Allen tak mencukupi untuk membeli kasut pilihannya itu. Senyap-senyap Alice menghampiri Allen...
“Camner dengan kasut ni? O-teo-ke-yo?” Ujar Alice sambil menghulurkan kasut merah tu padanya. Allen terkejut.
“Huh? Tapi awak...camner erk? Saya..saya..” tergagap-gagap Allen ingin memberi alasan. Takkan dia nak bagitahu yang duit dia tengah kering sekarang ni?
“Ambil je. Saya hadiahkan kat awak kasut ni sebab..sebab awak tu comel sangat! Geram saya tengok awak!”
“Betul ke ni? Gahm-sah-hahm-ni-mida..” ucap Allen berulang kali.
“Eei..cute betul la awak ni..” Alice mencubit lembut pipi Allen. Allen tertunduk malu..pipinya mula merona merah kerana malu.
“MALAM ni kita akan lawan dengan Black Pawn. Korang dah sedia ke?” Eddy mengesat peluhnya yang memenuhi mukanya.
“Aku dah sedia tapi kan...kalau orang tu tak tahulah..Woi! Mengelamun je keje kau ea!!” Joey melemparkan tuala busuk kesayangannya ke atas muka Allen.
“Apa?”
“Kau tu apa? Mengelamun tak habis-habis..Ingatkan Alice la tu?” usik Dizzly. Makin lama diusik makin memerah pipi Allen.
“Ta..taklah! mana ada?” ujar Allen sambil memegang kedua pipinya.
“Pipi ko yang merah tu bukti yang paling kukuh,tau? Eddy tanya tadi, kau dah sedia untuk malam ni ke?" Joey menyiku lengan Allen pantas.
“Mestilah...kalau kita menang malam ni, Alice ajak aku gi jalan-jalan sok..” Allen tersengih memanjang. Ketiga-tiganya menyerbu ke arah Allen sambil memukul perlahan badan sahabat baiknya itu.
“Kenapa ni? Gaduh ke?” tetiba suara halus Alice memecah keriuhan mereka bertiga.
“Taklah..” jawab Dizzly pabila melihat air muka Alice yang bertukar keruh. Masing-masing terus melepaskan tangan mereka yang melingkar rapat pada leher Allen.
“Al..aku, Diz ngan Joey nak pergi jumpa coach jap. Ko pandai-pandai la..” Joey mengenyitkan matanya senyap-senyap. Alice yang menyedari usikan mereka tertawa kecil.
“So, camner sok?” tanya Allen.
“Camner pe?”
“Saya pasti akan menang untuk awak.” Allen menggenggam erat jemari halus Alice.
“Kalau camtu, kita jumpa sok...”
“LEPAS ni, kita nak pergi mana pulak? Kita pergi makan nak?” Allen menepuk perutnya yang mula kelaparan.
“Okay tapi dengan satu syarat. Awak kena menari depan saya.”
“Okay. Lunch kat rumah awak.” Allen terus menari di depan Alice.
“Eh, saya main-main je..malulah depan orang ramai ni...” Alice menahan tangan Allen yang ligat bergerak.
“Untuk awak, Alice...saya sanggup buat apa saja tau.”
“Saya tahu...” bibir Alice terukir senyuman lebar. Mereka menahan sebuah teksi dalam perjalanan pulang ke rumah Alice. Dalam perjalanan pulang ke sana, tetiba pemandu teksi menghentikan keretanya.
“Kenapa ni ,pak cik?”
“Alah..nampaknya kereta ni dah mula buat hal pulak. Maafkan pak cik..boleh kamu turun tolak kereta ni sementara pak cik hidupkan enjin ni?”
“Biar saya yang tolak. Awak tunggu kat dalam ni,okay?” Allen terus keluar dari teksi tu. Baru saja beberapa langkah tiba-tiba teksi tu meluncur laju meninggalkan Allen di tengah lebuh raya.
“Pak cik, kawan saya...pak cik!” laung Alice berulang kali.
“Alice!”
“Allen!! Allen!!” pekik Alice berulang kali.
“Hoi! Berhenti! Hoi!” jerit Allen sekuat hatinya. Kudrat kakinya dipaksa jua mengejar teksi tersebut sebelum teksi tu menghilang dari pandangan matanya. Kaki Allen masih lagi melangkah laju sehingga dia terjumpa sebuah bangsal di tepi jalan. Badannya bersimbah peluh mengejar teksi tersebut. Manakala Alice pulak diselubungi ketakutan pabila dirinya dikelilingi oleh foto-foto wanita muda yang berdarah dan suasana yang kelam, sunyi. Kaki dan tangannya diikat kemas.
Allen memerhati keadaan sekeliling. Matanya tertangkap beg plastik milik Alice yang berada di cermin belakang teksi tadi. Kakinya terus melangkah masuk ke dalam bangsal tu.
Alice menjerit lantang pabila penculik itu menghampirinya. Jeritan Alice membuatkan Allen bergerak tangkas. Alice senyap pabila penculik tu menghalakan pisau ke lehernya. Mereka berdua terdiam pabila terdengar bunyi bising di luar bangsal.
“Kau duduk diam kat sini!”
Akhirnya, Allen menjumpai Alice yang terikat di atas meja. Tanpa membuang masa, dia terus meleraikan ikatan di kedua tangan dan kaki Alice.
“Allen...”
“Awak okay?” Alice mengangguk pantas. Sedang mereka sibuk melepaskan ikatan tu, penculik menghampiri mereka berdua. Namun, mata Alice sempat menangkap kelibat penculik tu di belakang Allen. Penculik tu terlebih dahulu berjaya menikam belakang Allen. Allen mengaduh kesakitan namun dia berusaha menahan penculik tersebut. Alice menangis ketakutan. Dia terus menjauhi penculik tu.
“Alice, cepat lari! Cepat!” jerit Allen. Kaki Alice kaku di situ.
“Cepat pergi! Tolonglah..” rayu Allen. Alice menjerit lagi pabila penculik tu meronta kasar. Dia tak sanggup meninggalkan Allen di situ.
“Pergi!!!” Air mata menitis dari mata Allen. Alice dengan berat hati meninggalkan Allen. Allen masih lagi menahan keras penculik tu daripada mengejar Alice dan sekali lagi tikaman yang bertubi-tubi mengenai perut Allen. Darah merah pekat mula mengalir keluar dari mulut Allen.
“Suatu hari nanti. Saya nak luahkan ini bila saya dah ada keyakinan tu. Alice, saya nak awak hargai masa-masa yang telah kita habiskan bersama. Dalam hati saya, bila kita bersama, saya gembira sangat.. gembira sangat-sangat. Dalam dunia ni, saya hanya cintakan awak..Alice..Saranghae...” Segala memori mereka bersama terbayang-bayang di fikiran Allen tika itu kerna dia tahu dia bakal meninggalkan orang yang paling dia sayang.
KINI, sudah sebulan lamanya Allen pergi meninggalkan dirinya. Alice merasakan separuh daripada hidupnya sekarang hilng. Hari-harinya sunyi dan kosong tanpa Allen. Tiada lagi gelak tawa Allen di sampingnya. Semuanya jadi janggal. Dirinya selalu mengunjungi gelanggang bola keranjang di mana tempat mereka sering bergaul mesra, berjumpa, bermain.
“Camner awak boleh tinggalkan saya camni je?! Allen! Camner dengan hidup saya selepas ni?!!” Alice terduduk menangisi pemergian Allen tapi dia tahu Allen masih hidup..hidup di dalam memorinya. Memori selama mereka bersama. Memori yang mengikat mereka berdua. Memori yang nilai gantinya.
“Saya rindukan awak..Allen...” gemersik suara Alice terus dibawa alun-alun angin.
No comments:
Post a Comment
Sepatah sudah mencukupi,
InsyaAllah teguran bermakna
hehe^^