Friday, May 17, 2013

:: NaFsU YaNg DeGiL ::


NAFSU YANG DEGIL


Assalamualaikum WBT semua...
^___^

Hari ini terdetik ingin kite 
kongsikan serba sedikit mengenai kebimbangan
di hati kite...hehehe


Nafsu itu sesungguhnya adalah suatu perkara yang menakutkan. Setelah dihumban beratus-ratus tahun di dalam neraka yang berlainan, angkuhnya tidak juga berganjak. Setelah diseksa lamanya barulah dia mengakui bahawa ALLAH itu penciptanya.

Nafsu itu merubah yang putih menjadi hitam, yang baik menjadi jahat, yang lurus menjadi bengkok maka berhati-hatilah kamu dengan apa yang bergelar ‘NAFSU’.. jangan sampai songkok di kepala hilang dek nafsu, akal yang cerdas hilang pertimbangan untuk berfikir lagi. Bimbangnya...sememangnya membimbangkan! Renungkan kisah dibawah:

Bismillah.. Dalam sebuah kitab yang dikarang oleh "Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama' yang hidup dalam abad ke X111 Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah telah menciptakan akal, maka Allah telah berfirman yang bermaksud:
 "Wahai akal, mengadaplah engkau".
Maka akal pun mengadap kehadapan Allah kemudian Allah berfirman yang bermaksud:
"Wahai akal, kembalilah engkau..!!”  lalu akal pun berbalik. Kemudian Allah berfirman yang bermaksud:
 "Wahai akal, siapakah aku..?" Lalu akal pun berkata:
 "Engkau adalah tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hambamu yang daif dan lemah". Lalu Allah berfirman yang bermaksud:
"Wahai akal, tidak akau ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau".Setelah itu Allah pun menciptakan nafsu dan berfirman:
 "Wahai nafsu, mengadaplah kamu". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. kemudia Allah berfirman:
 "Wahai nafsu, siapakah engkau dan siapakah aku..?" Lalu nafsu berkata:
 "Aku adalah aku dan engkau adalah engkau.."
Setelah itu Allah menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian Allah mengeluarkannya. Kemudian Allah berfirman yang bermaksud:
 "Siapakah engkau dan siapakah aku..?" Lalu nafsu berkata:
 "Aku adalah aku dan engkau adalah engkau.." Lalu Allah menyiksa lagi nafsu di dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkannya maka Allah berfirman yang bermaksud:
"Siapakah engkau dan siapakah aku..?"
Akhirnya nafsu itu mengakui dengan berkata: "Aku adalah hambamu dan kamu adalah Tuhanku..".

Dari kisah ini dapatlah diketahui bahawa nafsu itu terlalu angkuh dan jahat. Oleh itu, hendaklah kita mengawal nafsu itu dan bukannya nafsu itu yang mengawal kita. Kerana jika kita yang dikawal olehnya, kita akan musnah. Wallahu A'lam.

3 comments:

  1. assalamualaikum dear my roomate :

    syukran atas perkongsian bermakna.
    mknan rohani ni..hehe !

    nafsu bkn mudah utk dibuang..
    tapi..
    nafsu bisa dikawal dgn iman :)

    luv u fillah <3

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam my dear rumet,

    hihih, afwan~afwan~ berkat nasihat dari sahabat kite jugak, ^___^
    sekadar berkongsi, *memang nak suruh memaknakan pom, hihih, gurow jer!

    itula..bahayanya nafsu ni..dan In shaa Allah dgn amal kebajikan, taqwa dan takut pada Allah boleh melindungi kita dari nafsu-nafsu yg jahat!
    Aja-aja fighting!

    Luv u more <3 <3

    ReplyDelete
  3. perkongsian yg menarik!

    nafsu jahat & syaitan perlu kita "aja-aja fighting" moge kehidupan kita terjaga dan di dalam rahmatNya selalu.. (^_^)

    ReplyDelete

Sepatah sudah mencukupi,
InsyaAllah teguran bermakna
hehe^^

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ittirashai!