Assalamualaikum WBT semua...
^___^
Hari ini terdetik ingin kite
kongsikan serba sedikit mengenai kebimbangan
di hati kite...hehehe
Nafsu itu sesungguhnya adalah suatu perkara yang menakutkan. Setelah
dihumban beratus-ratus tahun di dalam neraka yang berlainan, angkuhnya tidak
juga berganjak. Setelah diseksa lamanya barulah dia mengakui bahawa ALLAH itu
penciptanya.
Nafsu itu merubah yang putih menjadi hitam, yang baik menjadi jahat, yang
lurus menjadi bengkok maka berhati-hatilah kamu dengan apa yang bergelar ‘NAFSU’..
jangan sampai songkok di kepala hilang dek nafsu, akal yang cerdas hilang
pertimbangan untuk berfikir lagi. Bimbangnya...sememangnya membimbangkan!
Renungkan kisah dibawah:
Bismillah.. Dalam sebuah kitab yang dikarang oleh
"Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama' yang
hidup dalam abad ke X111 Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah telah
menciptakan akal, maka Allah telah berfirman yang bermaksud:
"Wahai
akal, mengadaplah engkau".
Maka akal pun mengadap kehadapan Allah kemudian
Allah berfirman yang bermaksud:
"Wahai akal, kembalilah engkau..!!” lalu akal pun berbalik. Kemudian Allah
berfirman yang bermaksud:
"Wahai
akal, siapakah aku..?" Lalu akal pun berkata:
"Engkau adalah tuhan yang menciptakan aku
dan aku adalah hambamu yang daif dan lemah". Lalu Allah berfirman yang
bermaksud:
"Wahai akal, tidak akau ciptakan makhluk yang
lebih mulia daripada engkau".Setelah itu Allah pun menciptakan nafsu dan
berfirman:
"Wahai
nafsu, mengadaplah kamu". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri.
kemudia Allah berfirman:
"Wahai
nafsu, siapakah engkau dan siapakah aku..?" Lalu nafsu berkata:
"Aku
adalah aku dan engkau adalah engkau.."
Setelah itu Allah menyiksanya dengan neraka jahim
selama 100 tahun, dan kemudian Allah mengeluarkannya. Kemudian Allah berfirman
yang bermaksud:
"Siapakah engkau dan siapakah
aku..?" Lalu nafsu berkata:
"Aku
adalah aku dan engkau adalah engkau.." Lalu Allah menyiksa lagi nafsu di
dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkannya maka Allah berfirman
yang bermaksud:
"Siapakah engkau dan siapakah aku..?"
Akhirnya nafsu itu mengakui dengan berkata:
"Aku adalah hambamu dan kamu adalah Tuhanku..".
Dari kisah ini dapatlah diketahui
bahawa nafsu itu terlalu angkuh dan jahat. Oleh itu, hendaklah kita mengawal
nafsu itu dan bukannya nafsu itu yang mengawal kita. Kerana jika kita yang
dikawal olehnya, kita akan musnah. Wallahu A'lam.