Sunday, July 31, 2011
Iftar PISMP PAI Sem 2 2011
Post/ Gaya Muhammad Nur Iman ( Adik Bongsu )
Cuti Tengah Tahun 2011? Iman?
Saturday, July 30, 2011
Jadik Marsyal ( PENGADIL ) untuk WOODBALL
Friday, July 15, 2011
Pilihan Kita Dalam Kehidupan
ANTARA LOBAK, TELUR DAN KOPI........
Seorang anak mengeluh pada ayahnya mengenai kehidupannya dan menanyakan mengapa hidup ini terasa begitu sukar dan menyakitkan baginya. Dia tidak tahu bagaimana menghadapinya dan hampir menyerah kalah dalam kehdupan. Ia sudah letih untuk berjuang. Setiap kali satu masalah selesai, timbul masalah baru.
Ayahnya, seorang tukang masak, membawanya ke dapur. Ia mengisi 3 periukdengan air dan meletakkannya di atas api.Setelah air di ketiga-tiga periuk2 tersebut mendidih. Ia menaruh lobak merah di dalam periuk pertama, telur diperiuk kedua dan ia menaruh serbuk kopi di periuk terakhir. Ia membiarkannyamendidih tanpa berkata-kata. Si anak tertanya-tanya dan menunggu dengan tidak sabar, memikirkan apa yang sedang dikerjakan oleh ayahnya.
Setelah 20 minit, si ayah mematikan api. Ia menyisihkan lobak dan memasukkannya di dlm mangkuk, mengangkat telur dan meletakkannya di mangkuk yang lain, dan menuangkan kopi di mangkuk lainnya. Lalu ia bertanya kepada anaknya,
"Apa yang kau lihat, nak?"
"Lobak, telur, dan kopi" jawab si anak. Ayahnya mengajaknya mendekati mangkuk dan memintanya merasa lobak itu. Ia melakukannya dan merasa bahawa lobak itu terasa enak. Ayahnya lalu memintanya mengambil telur dan memecahkannya.Setelah membuang kulitnya, ia mendapati sebiji telur rebus yang mengeras. Terakhir,ayahnya memintanya untuk merasa kopi. Ia tersenyum ketika meminumkopi dengan aromanya yang khas. Setelah itu, si anak bertanya,
"Apa erti semua ini, Ayah?"
Ayahnya menerangkan bahawa ketiganya telah menghadapi kesulitan yang sama, perebusan, tetapi masing-masing menunjukkan reaksi yang berbeda.Lobak sebelum direbus kuat, keras dan sukar dipatahkan. Tetapi setelah direbus, lobak menjadi lembut dan lunak.Telur sebelumnya mudah pecah. Cangkerang tipisnya melindungi isinya yang berupa cairan. Tetapi setelah direbus, isinya menjadi keras. Serbuk kopi mengalami perubahan yang unik. Setelah berada di dalam rebusan air,serbuk kopi merubah air tersebut.
"Kamu termasuk yang mana?," tanya ayahnya.
"Air panas yang mendidih itu umpama kesukaran dan dugaan yang bakal kamu lalui...Ketikakesukaran dan kesulitan mendatangimu,bagaimana kau menghadapinya? Apakah kamu lobak, telur atau kopi?"
Untuk renungan bersama.........
Bagaimana dengan anda? Apakah anda adalah lobak yang kelihatannya keras,tapi dengan adanya penderitaan dan kesulitan, kamu menyerah, menjadi lembut dan kehilangan kekuatanmu. Atau...
Apakah kamu adalah telur, yang awalnya memiliki hati lembut, dengan jiwa yang dinamis? Namun setelah adanya kematian, patah hati, perceraian atau kegagalan menjadi keras dan kaku. Dari luar kelihatan sama,tetapi apakah kamu menjadi pahit dan keras dengan jiwa dan hati yang kaku?
Ataukah kamu adalah serbuk kopi? Serbuk kopi merubah air panas,sesuatu yang menimbulkan kesakitan, untuk mencapai rasanya yang maksimal pada suhu 100 darjah Celcius. Ketika air mencapai suhu terpanas, kopi terasa semakin nikmat. Jika kamu seperti serbuk kopi, ketika keadaan menjadi semakin buruk, kamu akan menjadi semakin baik dan membuat keadaan di sekitarmu juga menjadi semakin baik.
wassalam...
SANGGUPKAH ANDA??
Kisah Anak dan Ibu... Sanggupkah Anda??
Sanggupkah Anda ?
Kisah ini berlaku hampir 1 tahun yg lalu, seorang ibu tua dibawa oleh anak lelakinya yang tinggal di bandar menziarahi ahli keluarga di sebuah kampung.Sekembali dari tempat ziarah, si ibu kelihatan terkocoh-kocoh,pantas berlari keluar dari kereta. Langkahnya agak tergopoh-gopoh menaiki anak tangga rumah. Fikir si anak yang masih belum sempat menarik handbrake keretanya, pasti si ibu bergegas untuk segera menunaikan solat Maghrib kerana azan telah berkumandang di surau yang berdekatan. Tapi bila dia mula menjejaki anak
tangga,
"Subhanallah!" si anak terkejut melihat najis bejejeran di anak tangga dan dilaman rumah.
"Mak sakit perut rupanya," bisik hatinya.
Tanpa berlengah segera disinsingnya lengan baju dan kaki seluar. Najis disodok dan dibuangkan. Getah paip ditarik lalu dialirkan air menuruni anak tangga. Ibu yang sudah selesai membersihkan diri dan solat Maghrib terkocoh-kocoh sekali lagi menanggalkan telekung, mencapai baldi dan gayung dalam langkah yang terhencut-hencut cuba menuruni anak tangga. Terpana si ibu di muka pintu melihat anak-anak tangga sudah dimop bersih, seperti hilang akal sejenak.
"Tak sembahyang Maghrib ke?" Tanya ibu kepada si anak dalam keadaan serba-salah.
"Tak apalah mak, saya musafir, Maghrib tu di jamak takhir dengan Isyak nanti."
Si ibu tak terkata apa. Tangan kanan masih memegang baldi. Tangan kiri pula memaut grill pintu. Matanya terus memerhatikan si anak, dalam hati penuh sebak dan keharuan, mengucap puji syukur pada Allah kerana anak yang diasuh sebesar dua tapak jari, dicucikan najisnya setiap hari itu, buat pertama kalinya menyucikan najis ibunya pula hari ini.
"Ya Allah! begini mulia rahmatmu mengurniakan hamba mu ini anak yang soleh, dia mengenang jasa Ya Allah! dan membalas budi, aku bersyukur padamu.... aku bersyukur pada mu Ya Allah!" sempat si ibu memanjatkan doa dalam hati.
Terasa benar maruahnya dihargai, tawadhuk sungguh mengecapi nikmat kasih....... Rentetan dari peristiwa itu, dapat dilihat keberkatan dalam hidup si anak kerana apa saja kerja yang dibuat terasa dipermudahkan oleh Allah. Inilah yang dikatakan keberkatan memuliakan insan yang dimuliakan oleh Allah SWT. Hadis Nabi saw : "Hinalah umatku, hinalah umatku, dimana dalam sisa usia orang tua mereka, tidak dimanfaatkan apa-apa untuk meraih rahmat dari Allah SWT".
P/s: Renung-renungkanlah.....tika suatu saat kita mengalami keadaan ini, apa yang bakal kita lakukan??
Kasih Seorang Ibu
Nurse, boleh saya tengok bayi saya?" ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat.Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu.Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuan.
Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga.Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.
Masa terus berlalu...Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan.
"Mereka kata saya cacat," katanya kepada si ibu.
Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat.Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor.
"Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma," kata pakar bedah.
Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.
Setahun berlalu...
"Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan," kata si ayah.
Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.
Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok,bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.
"Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya," kata si anak berkali-kali.
"Tak mungkin," balas si ayah.
"Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba."
"Bila?" tanya si anak.
"Akan tiba masanya anakku," balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk.Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.
"Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya," si ayah berbisik ke telinga anaknya.
"Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya... tanyalah pada sesiapa pun kenalannya.”
P/s : Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati. Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui.
Selagi ibu kita ada didunia ini, ciumlah dia, cium tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU, penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya ada,curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya, 'love u mom'
Sudah Selawatkah Kita ke Atas Kekasih Allah?
Dahulu di sebuah kota di Madura, ada seorang nenek tua penjual bunga cempaka. Dia menjual bunganya di pasar, setelah berjalan kaki cukup jauh. Usai menjual, dia pergi ke masjid Agung di kota itu. Dia berwudhu, masuk ke dalam masjid, dan melakukan solat Zuhur. Setelah membaca wirid sekadarnya, dia keluar dari masjid dan membomgkok-bongkok di halaman masjid.Dia mengumpulkan dedaun yang bertaburan di halaman masjid.Selembar demi selembar daun yang gugur dikaisnya. Tidak satu lembar pun dia tinggalkan. Sudah tentu begitu lama dia membersihkan halaman masjid dengan cara itu. Padahal matahari Madura di siang hari sungguh panas terik. Keringatnya membasahi seluruh tubuhnya.
Banyak pengunjung masjid rasa kasihan kepadanya. Pada suatu hari penghuni masjid memutuskan untuk membersihkan dedaun itu sebelum perempuan tua itu datang. Pada hari itu, dia datang dan terus masuk ke dalam masjid. Usai solat, pada saat dia ingin melakukan pekerjaan rutinnya, dia terkejut. Tidak ada satu pun daun berselerak di situ seperti selalunya. Dia kembali lagi ke masjid dan menangis dengan keras. Dia bertanya mengapa daun-daun itu sudah disapukan sebelum kedatangannya. Orang-orang menjelaskan bahwa mereka kasihan kepadanya.
"Jika kalian kasihan kepadaku," kata nenek itu,
"Berikan kesempatan kepadaku untuk membersihkannya."
Dipendekkan cerita, nenek itu dibiarkan mengumpulkan dedaun itu seperti biasa.Seorang ulama terhormat diminta untuk menanyakan kepada perempuan itu mengapa dia begitu bersemangat membersihkan dedaun itu. Perempuan tua itu mahu menjelaskan sebabnya dengan dua syarat: pertama, hanya ulama itu yang mendengarkan rahsianya;kedua, rahsia itu tidak boleh disebarkan ketika ia masih hidup. Sekarang ia sudah meniggal dunia, dan Anda dapat mendengarkan rahasia itu.
"Saya ini perempuan bodoh, pak imam," tuturnya.
"Saya tahu amal-amal saya yang kecil itu mungkin juga tidak kena pada caranya. Saya tidak mungkin selamat pada hari akhirat tanpa syafaat Nabi Muhammad S.A.W. Setiap kali saya mengambil selembar daun, saya ucapkan satu salawat kepada Rasulullah. Kelak jika saya mati, saya ingin Nabi S.A.W menjemput saya. Biarlah semua daun itu bersaksi bahwa saya membacakan selawat kepadanya."
Kisah ini menyingkap bagaimana kisah seorang perempuan tua dari kampung itu bukan saja mengungkapkan cinta Rasul dalam bentuknya yang tulus. Dia juga menunjukkan kerendahan hati, kehinaan diri, dan keterbatasan amal dihadapan Allah swt. Lebih dari itu, dia juga memiliki kesedaran spiritual yang luhur: Dia tidak dapat menggandakan amalnya. Dia sangat bergantung pada rahmat Allah. Dan siapa lagi yang menjadi rahmat semua alam selain Rasulullah saw?
Manusia Itu Berbeza Peringkatnya, ye ke??
tûïÏ%©!$# (#qãZtB#uä ’ûÈõuKôÜs?ur Oßgç/qè=è% Ìø.É‹Î/ «!$# 3 Ÿwr& Ìò2É‹Î/ «!$# ’ûÈõyJôÜs? Ü>qè=à)ø9$# ÇËÑÈ
Orang-Orang yang beriman itu akan menjadi tenteram hati mereka.Ingatlah dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenteram.(Ar-Rad:28)
KATEGORI MANUSIA
PERTAMA
"Insan yang tahu, tetapi tidak tahu bahawa dia tahu, itulah insan yang lalai. Oleh itu, berilah mereka peringatan.
KEDUA
Insan yang tidak tahu dan tidak tahu bahawa dia tidak tahu; itulah insan yang bodoh dan degil. Oleh itu, tinggalkan mereka.
KETIGA
Insan yang tidak tahu dan tahu bahawa dia tidak tahu; itulah insan yang jahil. Oleh itu, ajarlah mereka.
KEEMPAT
Insan yang tahu dan tahu bahawa dia tahu; itulah insan yang berilmu. Oleh itu, ikutlah mereka."
(Al Khalil bin Ahmadal Farahidi)
Hidayah Allah merupakan nikmat yang terbesar untuk seorang Muslim kerana terbuktinya redha Allah ke atas dirinya. Hidayah itu terletak pada Allah semata-mata....Nabi SAW tidak mampu memberi hidayah kepada umatnya, ibu tidak dapat memberikan petunjuk kepada anaknya....
.
.
.
External mungkin yang lain dapat menilainya tapi internal hanya Allah dan juga diri kit sendiri. nilailah sendiri kelompok mana kita berada...
yang pertamakah? keduakah? ketigakah? atau yang terakhir?
.
.
.