Sunday, August 1, 2010

Bicara Akhlak Rohani @ Dalaman




Siapa Pompuan yg bersahabat dgn IBLIS????!

SIAPA pompuan yg DISAYANGI oleh IBLIS???!

WANITA YANG DERHAKA KEPADA ALLAH


Wanita atau isteri yang tidak mengenali rasa cinta sedikit pun kepada Allah, dalam erti jauh

daripada beribadat kepada Allah, tidak pernah sujud dan rukuk, jarang berbuat amal soleh,

merupakan sebab-sebab mereka derhaka kepada Allah. Dengan jauhnya mereka daripada

mengenali Allah, maka kehidupan mereka semakin dekat dengan maksiat, seterusnya dikawal

sepenuhnya oleh iblis laknatullah. Inilah gambaran wanita atau isteri yang akhirnya dicintai

Iblis, kerana telah mematuhi sepenuhnya arahan iblis agar berbuat kerosakan di muka bumi.

Tidak hairan apabila gambaran rumah tangga suami isteri yang telah dicintai iblis merupakan

gambaran rumah tangga yang penuh kehancuran, porak-peranda, bagaikan di dalam neraka.



1. Tidak Mengenal Allah


Untuk mengenal Allah, kita perlukan ilmu. Untuk mendapat ilmu, perlu belajar.

Jika tidak mahu berusaha belajar tentang ilmu mengenal Allah, tidak mungkin seseorang itu dapat

mencintaiNya dengan sepenuh hati. Ia kerana bermula dari kenal itu baru datangnya cinta.

Apabila kita sudah tidak mengenali Allah, bererti mudahlah bagi iblis untuk menghancurkan kita, seterusnya

mengawal kehidupan kita.

Sehingga kita melakukan sebarang perbuatan semata- mata kerana kehendak iblis dan mengharapkan habuan

dari iblis.


2. Cinta dunia, takut mati


Cinta kepada nikmat kehidupan di dunia membawa kepada takut menghadapi mati.

Tidak sanggup berpisah dengan nikmat yang dikecapi dan takut berhadapan dengan Allah lantaran sering

mengabaikan aturan-Nya dalam kesibukan mengejar nikmat dunia.

Cinta dunia dan takut mati ini, dengan sendirinya membuat seseorang itu sukar untuk mencintai Allah, malah

merasa tidak perlu mencintai-Nya.

Dia merasa boleh hidup tanpa Allah dan tanpa cinta-Nya.Suami sudah merasa ‘bahagia’ dapat memberi segala

yang dimahukan oleh isteri.

Isteri sudah merasa ‘bahagia’ mendapat apa yang dimahukan dari suami.

Tidak salah mencari nikmat dunia tetapi nikmat itu seharusnya mengingatkan kita kepada Pencipta nikmat dan

nikmat itu seharusnya digunakan untuk memperoleh cinta-Nya.


3. Hati yang Kotor


Hati yang kotor adalah hati yang penuh dengan ‘najis’ sifat-sifat keji seperti pemarah, pendendam, hasad dengki,

penakut dan tamak, akan disibukkan dengan urusan melayan bisikan-bisikan jahat dari nafsu dan syaitan. Hati

begini tidak menyediakan ruang untuk diletakkan rasa cinta kepada Allah. Hati perlu dibersihkan dan dihiasi

sifat-sifat terpuji seperti sabar, reda, merendah diri, berani, pemaaf dan mencukupi dengan apa yang ada. Hanya

hati yang bersih dapat menjadi wadah untuk menampung cinta yang suci dan agung.


"Tetapi bila hati kotor dan penuh hasad dengki, pendendam, tamak dan disibukkan
melayan bisikan jahat, itulah ertinya hati telah dikawal sepenuhnya oleh iblis."

4. Melakukan Dosa


Jika seseorang itu tidak bertaubat dari dosa-dosa, atau terlalu banyak berbuat dosa hingga tidak lagi

rasa berdosa, hatinya akan terdinding dari petunjuk Allah dan terhalang dari mencintai-Nya serta

mendapat cinta-Nya. Sentiasa bertaubat dari dosa-dosa adalah antara syarat untuk membina dan

menyuburkan rasa cinta kepada Allah.


5. Tidak Mahu Berdoa


Berdoa adalah gambaran rasa lemah, hina dan jahil seorang hamba di depan Allah. Melalui doa,seorang hamba

merendahkan diri memohon segala yang dihajati dan menjadi penyebab Allah sempurnakan hajat si hamba.

Hamba yang memohon petunjuk akan diberi petunjuk. Hamba yang memohon kekuatan akan diberi kekuatan.

Begitulah juga hamba yang memohon untuk mencinta-Nya, akan dipermudahkan menempuh jalan-jalan ke arah

itu.



2 comments:

  1. Wanita itu perhiasan dunia...
    Dan sebaik-baik wanita ialah wanita....WANITA SOLEHAH.

    ReplyDelete
  2. Memberi hidayah itu kuasa Allah Taala dan jangan kita lepaskan peluang hidayah yang Allah bagi pada kita kerana mungkin sudah tiada peluang kali kedua...Laailaahaillallah!

    ReplyDelete

Sepatah sudah mencukupi,
InsyaAllah teguran bermakna
hehe^^

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ittirashai!