Tuesday, June 1, 2010

Sahabat,Chingu,Dost,Nakama,Pangyao..


"Awak kawan saya."
"Omaiwa watashi no nakama...zutto!"
"Tum he mere dost...sabsei acchi dost he."
"Ni sher wo cenneme hao de pangyao..cher thao ma?"
"Batta! dhou..chingu de? kurom..pangga wasseyo! dhou nomu ippuda..sarangeyo! cinca!!"

Sahabat? macam mana nak jelas perkataan yang ada cuma 7 huruf ni? runsing! xtau mana nak jelas kat korang tapi dalam seribu kawan kita,yang bergelar 'sahabat' cuma sedikit..hahaha..kalau ada tu pun dah kire bersyukur sangatlah tu..

Tapi,tali persahabatan yang kita bina berlandaskan nafsu semata-mata dan bukan kerana Dia..baik lupakan hubungan macam tu. Kita mencari kawan & sahabat kerana Allah dan suatu hari nanti bila kita bakal berpisah....kita berpisah kerana Allah jugak! Tapi, apabila berkawan bersahabat tanpa menitikberatkan perasaan antara satu sama lain bakal menggugat hubungan yang dibina atas dasar Lillahi Ta'ala. Meletakkan sesuatu bukan pada tempat digelar "Zalim" dan jika kita tidak bertindak adil atau bersikap 'bias' sesama kawan bukan ke itu bergelar zalim kerana kita tidak meletakkan hak-hak kawan kita pada tempat yang sepatutnya.

Berfikiran negatif terlebih dahulu adalah salah satu punca retaknya hubungan sesama sahabat kerana tiada rasa percaya terhadap sahabat kita sendiri. Macam mana kita nak teruskan hubungan silaturrahim sekiranya rasa tak percaya, was-was, ragu-ragu dan syak wasangka masih lagi menebal dalam hati kita? tak ada maknanyer mengekalkan hubungan sebegitu! So, kita haruslah bertindak terlebih dahulu dalam membaiki hubungan yang retak tu. Bertolak-ansur dan saling menasihati bukan ke itu lebih bermakna dalam sesuatu hubungan? Paksaan?! Whoa! Teman-teman, jangan sesekali kita memaksa sahabat kita untuk menerima sesuatu yang masih lagi janggal buat dia kerana dalam persahabatan atau mana-mana hubungan keredhaan Allah yang paling penting dan PAKSAAN merupakan salah satu aset @ item yang bakal mewujudkan ketidakredhaan dalam diri.

"Serendah-rendah martabat ukhwah ialah bersangka baik."

Ayat ini jelas menolak perbuatan berprasangka buruk terhadap sahabat dan ukhwah itu sendiri. Biarlah hubungan silaturrahim sesama kita terbentuk dengan redha Allah dan juga hasil dari berkatNya. Seperti dalam melayar bahtera rumahtangga...dalam hubungan persahabatan juga tidak lari dari adanya badai-badai yang melanda...tapi cara untuk mengatasi badai tersebut bergantung pada diri kita sendiri. Mengakulah! hati kita ni takkan tenteram setiap kali bergaduh dengan sahabat kita sendiri kerana...KERANA Junjungan besar kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W sendiri bersabda:

"Tiada syurga bagi orang yang memutuskan hubungan silaturrahim."

....dan sedarlah...

"Setiap muslim itu bersaudara..."

Walaupun kita tiada hubungan kekeluargaan tapi kita mempunyai hubungan seagama dan selagi kita bersaudara..kita akan pertahankan saudara kita dari sebarang ancaman. Pernah terbaca di dalam sebuah buku yang bertajuk "Sultan Muhammad Al-Fateh: Penakluk Konstantinopel." Bahagian di mana mereka bermatian memepertahankan seorang ketua paderi kristian,Zaghanus yang baru memeluk Islam yang diperintah untuk kembali ke pangkuan Maharaja Kosntantine bagi menjalani hukumannya kerana belot terhadap Maharaja tapi Sultan Murad( ayah Sultan Muhammad Al-Fateh) diikuti dirinya sendiri dan sahabat yang lain berkeras mempertahankan Zaghanus malah sanggup berperang demi Allah untuk mempertahankan seorang saudara seislam. Betapa tingginya nilai & darjat seorang saudara seislam dan mampukah kita mencapai tahap sebegitu? Muhasabah diri kita terlebih dahulu..

"Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, dia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkannya ( kepada musuh ) dan tidak menghinakannya." (Hadis Riwayat Muslim)

Ini mengukuhkan lagi peristiwa yang berlaku pada zaman pemerintahan Sultan Murad iaitu ayah kepada Sultan Muhammad al-Fateh...orang yang telah menakluk Konstantinopel..sebuah kerajaan yang gagal ditawan oleh Umar r.a dan ramai lagi selama 800 tahun percubaan tetapi ditawan oleh raja muda yang hanya berusia 24 tahun dalam jangka masa yang pendek..Sultan muda inilah orang yang disebut oleh Nabi S.A.W dalam sebuah hadis iaitu..

"Konstantinopel hanya akan ditawan oleh pemerintah yang baik...tentera yang baik dan rakyat yang baik."

Dari Nu'man bin Basyir r.a., Baginda S.A.W bersabda:

"Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak boleh tidur." ( Hadis Riwayat Muslim)


"Siapa kawan kita pada hari ini menentukan siapa kita pada hari esok."

Pepatah ini cukup terkenal kerana kandungan maknanya yang tersirat. Kawan yang baik akan memimpin kita ke jalan yang benar tetapi kalau kita tersilap memilih kawan..ke mana? ke lorong mana kita akan di bawa? Sesuai dengan satu hadis di bawah:

"Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya." ( Hadis Riwayat Abu Daud)






No comments:

Post a Comment

Sepatah sudah mencukupi,
InsyaAllah teguran bermakna
hehe^^

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ittirashai!