Wednesday, June 2, 2010

Resah Seorang Sahabat


Bermasam muka! Saling memalingkan wajahnya antara satu sama lain! Resah...sesiapa kat luar sana tolong saya!! tatsukette kure!! Hati ini sakit tapi pada masa yang sama timbul perasaan marah dan geram. Semuanya bercampur-aduk dan sedikit demi sedikit ia mula berubah pada satu perasaan yang paling ditakuti....MENYAMPAH.

"Kenapa pulak hari ni? Ni perang dingin yang ke berape?"
"Entah!! Yang ke-100 kot! Tetiba tak bertegur..entah pe-pe! nak cari pasallah tu..."
"Hish! dalam kepala otak kau tu dah tak de sebab yang lebih menarik ke nak fikir? kenapalah mesti benda-benda buruk dulu yang ada kat kepala otak kau tu?"
"Dah tu...ada sebab yang lebih baik ke cik kak oi?"
"Apasal pulak tak de? mungkin dia ada poblem ke? mungkin jugak dia tak nak kacau kau hari ni. Mesti dia rasa kau ni letih ke apa ke.."
"Kenapa pulak? aku ni nampak macam letih ke? tak boleh dikacau ke?"
"Bertuah punyer budak...aku andaikan jew! benda tu pun xley pikir?"
"Tapi janganlah sampai xbertegur sapa camni. Sedey betul hati aku ni lau dia buat camni tau tak? tapi aku takutlah...takut.."
"Takut pe? You commit a grave mistake ke? takutkan Dia lebih baik daripada kau takutkan benda-benda duniawi camni..tahu?"
"Ke situ pulak kau ni...aku takut lau aku ada buat salah kat dia? terasa hati ke kat aku sampai tak bertegur camni?"
"Tanyalah! tu pun nak kene ajar ke?"
"Macam mana nak stat?"

Alamak? nak start conversation between winter dan cold situation? Takde cara yang specific ke? ade....lau diri sendiri yang mengalami hal-hal camni ( bukan kalau...memang dah pernah alami..hehehehe) cuba kite mulakan dengan perbualan ringan...

Contoh:
1) Kalau nampak dia nak keluar: "Ila, nak pergi mana tu?"
2) Tanya khabar ( biar sebilik pun ) : "Ila, aku nak pergi makanan ni...nak ikut tak? ke nak psan jew?"
3) Kalau nampak dia tengah 0n9: "Buat pe tu,Ila?"

So simple but to carry out this plan @ method..wow! perasaan gemuruh / takut tu melebihi perasaan nak buat benda tu..dan resultnyer? Hampeh! satu habuk pun tak kuar dari mulut ni tapi at least korang cuba try test dlu. Mna taw berkesan ke kat korang..However, man just plan but Allah is the one who decide the plan that mans plan whether it works by the way they want or not.

Perasaan tak rapat & tak bertegur dengan sahabat ni tak dapat nak digambarkan sebab perasaan kesal dengan sedih tu bercampur hinggakan kadang-kadang kita jadi terlampau marah dan mula memaki-hamun mereka ( na'uzubillahi min zalik ) Tahap kesabaran manusia ni memang tipis tapi kita ada cara untuk redakan mereka dengan...BERWUDU'. Benda yang kita lakukan 5 kali setiap hari, setiap kali ingin solat. Tapi kalau solat terus lagi BAGUS!! Amarah, benci, geram..itu seme hasutan syaitan untuk menyesatkan kita. Funny! We aware but how can we cannot resist it..those hateful, evil, mean creatures?? it's becoz iman kita ni rendah lagi. Kita tak perkukuh @ kurang menjaganya dengan amal ibadah kita. Macam mana nak kukuhkan mantapkan iman kita kalau kita sering alpa dan layu dibuai hasutan iblis LAKNATULLAH? Jawapannyer: Cuba kita dekatkan diri kita dengan Allah. Berselawat ke atas Nabi S.A.W selalu dan berzikir kepada Allah.

7 ayat cinta - Sabda Rasulullah S.A.W : "Barangsiapa yang menghafal dan mengamalkan 7 kalimah ini akan dimuliakan Allah dan malaikat dan akan diampunkan dosa-dosanyer walaupun sebanyak buih di lautan.."

1) BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM: Pada setiap kali hendak melakukan sesuatu.
2) ALHAMDULILLAH : Setiap kali habis melakukan sesuatu.
3) ASTAGHFIRULLAH : Jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.
4) INSYAALLAH: Jika ingin melakukan ssuatu pada masa akan datang.
5) LAHAULAWALAQUWWATAILLABILLAH : Bila tak dapat melakukan sesuatu yang agak berat @ melihat sesuatu yang buruk.
6) INNALILLAH : Jika menghadapi musibah @ melihat kematian.
7) LAAILAAHAILLALLAH : Bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya.

Amalkanlah selalu..moga-moga kita tergolong di kalangan orang yang terpilih oleh Allah. Ini merupakan salah satu cara bagi kita mendekatkan diri pada Allah dan jika kita Ada masalah..adukan masalah kita terlebih dahulu pada Dia kerana Dia Maha Mengetahui dan Maha Mendengar. Pintalah berdoalah kepadaNya agar dibuka hijab untuk melihat apa kesilapan yang telah kita lakukan pada sahabat jika kita masih terlindung. Selalulah kita berdoa agar hubungan yang dibina keranaNya akan berkekalan dan terhindar dari musibah dan kecelakaan.

Pernah sekali diri ini menangisi akan keadaan dingin yang pernah berlaku antara diri dan sahabat..mengadu kepadaNya, meminta petunjuk dan Alhamdulillah kerana berkatNya ke atas hubungan kami semuanya diakhiri dengan..TEARS OF JOYS!! Dalam diam dia bimbang akan diri ini dan betapa bersalahnya diri ini apabila meletakkan anggapan yang buruk setelah lama berprasangka baik..setelah cuba berfikir positif sehabis daya,sebaik mungkin..akhirnya tumpah jua fikiran buruk ke atas dirinya. Semasa meletusnya perang dingin antara kami diri sentiasa mengelak dari bersua muka kerana tak sanggup berdepan dengannya apatah lagi setelah merasakan semua ini berpunca dari ketidakmatangan diri ini.

Tak masuk bilik..singgah di bilik teman sebelah malah masing-masing buat tak endah. Hati ni terasa sebak dan sesak malah terasa bagaikan dicucuk jarum kerana terlampau sedih. Hal ini diadukan pada beberapa orang yang terdekat namun masih lagi tidak dapat mengurangkan rasa bersalah dan sedih. Seperti ingin berlari ke arahnya dan secara terus-terang bertanya kepada..

"Apa masalah kau sebenarnya?? kalau de rasa tak puas hati cakap!! jangan buat aku macam tunggul!"

Ingin sekali berteriak padanya..aku tak nak tinggal sebilik dengan orang yang bisu, pekak dan buta!! kalau kau nak jadi orang yang macam tu, jangan jadikan aku sebagai teman!! Ingin sekali hamburkan kata-kata tu tapi tak boleh kerana itu akan lukakan hati dia. Akhirnya hal ini berlarutan selama 2 hari..kami still tak bertegur sapa hingga sampai satu detik diri ini dikejutkan dengan majlis yang meriah. Menangis! tu je yang mampu diri ni buat...ya, menangis..Allah saja yang tahu macam mana perasaan diri ni masa tu apatah lagi melihat dia tersenyum dari jauh sambil memangil nama diri ini girang..Selesai majlis dia memeluk diri ini rapat sambil meminta maaf.

Betapa sengsaranya apabila tercetus jurang antara sahabat....
Betapa tak tenteramnya jiwa pabila tak bertegur sapa....

Sayangkan sahabat kerana Allah..
Marahkan dia kerana Allah..
Nasihatkan dia kerana Allah..
Jagai dia kerana Allah..

Lakukan semua tu kerana Allah dan janganlah kita lakukan sesuatu perkara bukan kerana Allah kerana tiada keberkatan dalam pelaksanaan tersebut dan tanpa berkat dan redha Allah dalam sesutu perkara itu maka kurang lancarlah perjalanan sesuatu perkara itu.

INSYAALLAH, AKU SAYANGKAN SAHABATKU KERANA ALLAH & SEMATA-MATA KERANA ALLAH!!...

Tuesday, June 1, 2010

Sahabat,Chingu,Dost,Nakama,Pangyao..


"Awak kawan saya."
"Omaiwa watashi no nakama...zutto!"
"Tum he mere dost...sabsei acchi dost he."
"Ni sher wo cenneme hao de pangyao..cher thao ma?"
"Batta! dhou..chingu de? kurom..pangga wasseyo! dhou nomu ippuda..sarangeyo! cinca!!"

Sahabat? macam mana nak jelas perkataan yang ada cuma 7 huruf ni? runsing! xtau mana nak jelas kat korang tapi dalam seribu kawan kita,yang bergelar 'sahabat' cuma sedikit..hahaha..kalau ada tu pun dah kire bersyukur sangatlah tu..

Tapi,tali persahabatan yang kita bina berlandaskan nafsu semata-mata dan bukan kerana Dia..baik lupakan hubungan macam tu. Kita mencari kawan & sahabat kerana Allah dan suatu hari nanti bila kita bakal berpisah....kita berpisah kerana Allah jugak! Tapi, apabila berkawan bersahabat tanpa menitikberatkan perasaan antara satu sama lain bakal menggugat hubungan yang dibina atas dasar Lillahi Ta'ala. Meletakkan sesuatu bukan pada tempat digelar "Zalim" dan jika kita tidak bertindak adil atau bersikap 'bias' sesama kawan bukan ke itu bergelar zalim kerana kita tidak meletakkan hak-hak kawan kita pada tempat yang sepatutnya.

Berfikiran negatif terlebih dahulu adalah salah satu punca retaknya hubungan sesama sahabat kerana tiada rasa percaya terhadap sahabat kita sendiri. Macam mana kita nak teruskan hubungan silaturrahim sekiranya rasa tak percaya, was-was, ragu-ragu dan syak wasangka masih lagi menebal dalam hati kita? tak ada maknanyer mengekalkan hubungan sebegitu! So, kita haruslah bertindak terlebih dahulu dalam membaiki hubungan yang retak tu. Bertolak-ansur dan saling menasihati bukan ke itu lebih bermakna dalam sesuatu hubungan? Paksaan?! Whoa! Teman-teman, jangan sesekali kita memaksa sahabat kita untuk menerima sesuatu yang masih lagi janggal buat dia kerana dalam persahabatan atau mana-mana hubungan keredhaan Allah yang paling penting dan PAKSAAN merupakan salah satu aset @ item yang bakal mewujudkan ketidakredhaan dalam diri.

"Serendah-rendah martabat ukhwah ialah bersangka baik."

Ayat ini jelas menolak perbuatan berprasangka buruk terhadap sahabat dan ukhwah itu sendiri. Biarlah hubungan silaturrahim sesama kita terbentuk dengan redha Allah dan juga hasil dari berkatNya. Seperti dalam melayar bahtera rumahtangga...dalam hubungan persahabatan juga tidak lari dari adanya badai-badai yang melanda...tapi cara untuk mengatasi badai tersebut bergantung pada diri kita sendiri. Mengakulah! hati kita ni takkan tenteram setiap kali bergaduh dengan sahabat kita sendiri kerana...KERANA Junjungan besar kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W sendiri bersabda:

"Tiada syurga bagi orang yang memutuskan hubungan silaturrahim."

....dan sedarlah...

"Setiap muslim itu bersaudara..."

Walaupun kita tiada hubungan kekeluargaan tapi kita mempunyai hubungan seagama dan selagi kita bersaudara..kita akan pertahankan saudara kita dari sebarang ancaman. Pernah terbaca di dalam sebuah buku yang bertajuk "Sultan Muhammad Al-Fateh: Penakluk Konstantinopel." Bahagian di mana mereka bermatian memepertahankan seorang ketua paderi kristian,Zaghanus yang baru memeluk Islam yang diperintah untuk kembali ke pangkuan Maharaja Kosntantine bagi menjalani hukumannya kerana belot terhadap Maharaja tapi Sultan Murad( ayah Sultan Muhammad Al-Fateh) diikuti dirinya sendiri dan sahabat yang lain berkeras mempertahankan Zaghanus malah sanggup berperang demi Allah untuk mempertahankan seorang saudara seislam. Betapa tingginya nilai & darjat seorang saudara seislam dan mampukah kita mencapai tahap sebegitu? Muhasabah diri kita terlebih dahulu..

"Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, dia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkannya ( kepada musuh ) dan tidak menghinakannya." (Hadis Riwayat Muslim)

Ini mengukuhkan lagi peristiwa yang berlaku pada zaman pemerintahan Sultan Murad iaitu ayah kepada Sultan Muhammad al-Fateh...orang yang telah menakluk Konstantinopel..sebuah kerajaan yang gagal ditawan oleh Umar r.a dan ramai lagi selama 800 tahun percubaan tetapi ditawan oleh raja muda yang hanya berusia 24 tahun dalam jangka masa yang pendek..Sultan muda inilah orang yang disebut oleh Nabi S.A.W dalam sebuah hadis iaitu..

"Konstantinopel hanya akan ditawan oleh pemerintah yang baik...tentera yang baik dan rakyat yang baik."

Dari Nu'man bin Basyir r.a., Baginda S.A.W bersabda:

"Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak boleh tidur." ( Hadis Riwayat Muslim)


"Siapa kawan kita pada hari ini menentukan siapa kita pada hari esok."

Pepatah ini cukup terkenal kerana kandungan maknanya yang tersirat. Kawan yang baik akan memimpin kita ke jalan yang benar tetapi kalau kita tersilap memilih kawan..ke mana? ke lorong mana kita akan di bawa? Sesuai dengan satu hadis di bawah:

"Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya." ( Hadis Riwayat Abu Daud)






linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ittirashai!