Sunday, May 23, 2010

Takdir atau Hanya Kebetulan..?


Jam di tangan telah menunjukkan tepat 8.00 malam. Aku tercari-cari bas ekspress yg bakal ku naiki. Aku kegelisahan,mungkinkah bas tu dah meninggalkan ku? Aku sepatutnya berada di stesen bas 10 minit sebelum pukul 8.00 malam tapi kerana cuti yg tidak dirancang ini, ia membuatkan aku kelam-kabut utk mengemas barang-barang.

"Ya Allah.. permudahkanlah urusan ku ini.. amin",doaku di dalam hati. Tiba-tiba Aiman,temanku yg menghantar ku tadi menarik pergelangan tanganku.

"Wazzir,cepatlah.. itu bas untuk ke Batu pahat kan?"tunjuk Aiman pada sebuah bas ekspress yg baru saja hendak bergerak itu.

Setelah bersalaman dengan Aiman, akupun bergegas menahan bas tersebut. Mujur aku masih sempat lagi. Aku mencari tempat duduk kosong. Alamak.. serba-salah aku nak duduk kerana di sebelah bangku kosongku telah ada seorang muslimah bertudung labuh. Aku memerhatikan bangku-bangku lain, manalah tahu ada bangku kosong,dapatlah aku elakkan daripada duduk di sebelah muslimat yg bukan muhrimku itu. Dalam aku terpinga-pinga itu.. lantang suara pemandu bas berteriak ke arah ku menyuruh agar aku segera duduk.

"Ya Allah..hindarkan diriku dari melakukan sesuatu yg boleh menghamburkan daku ke dalam nerakaMu... amin",sekali lagi aku berdoa pada Ilahi.

Sedang aku leka berzikir di dalam hati, tiba-tiba terdengar esakan dari gadis di sebelahku. Aku terasa serba-salah dan kerana simpati, aku memberanikan diri untuk bertanya kepada dirinya. Erm.. rupa-rupanya keluarga si gadis berkenaan telah mengaturkan pertunangan untuknya.

"Tahniah.. tapi mengapa perlu bersedih, sepatutnya saudari merasa gembira dengan berita pertunangan ini atau mungkin saudari sudah ada pilihan lain agaknya.."ujarku sambil menduga gadis tersebut.Gadis itu menyeka air matanya.

"Saya sedih kerana khuatir calon yg dipilih oleh keluarga saya itu bukannya seorang muslimin, iaitu seorang lelaki yg betul-betul berpegang dengan tali-tali Allah. Saya hanya mengharapkan seorang lelaki yg dapat membimbing saya ke arah kebaikan".

"Erm.. saudari dah pernah berjumpa ke dengan calon suami saudari tu? InsyaAllah.. ana pasti si dia tu adalah lelaki yg soleh".. aku cuba menenangkan gadis berkenaan.

"Belum lagi. Jika benar dia seperti apa yg anta katakan tu.. syukur ana pada Ilahi. Anta tahukan..tiada yg lebih berharga bagi seorang muslimah melainkan dapat bersuamikan mereka yg beriman. Ana bukanlah bercita2 tinggi utk mencari lelaki yg wara’ tapi cukuplah jika kehadirannya dalam hidup ana ini akan membuatkan ana lebih hampir kepada Al-Khaliq”

Aku tersenyum.. beruntung bagi lelaki yg akan memperisterikan gadis ini.. dia bukan saja beriman malah bijak juga berkata2.

“InsyaAllah..ibubapa anti tentu arif dengan kehendak anaknya dan ingatlah anti,tiada ibubapa yg ingin anaknya hidup susah?. “

Aku cuba mengerling wajah gadis di sebelahku namun wajah itu tersembunyi dalam kegelapan malam dan dari tadi wajah itu asyik memandang ke luar tingkap di sebelahnya.

“Jika anti sangsi tentang keimanan lelaki tersebut,ujilah dia dengan kebijaksanaan anti. Islam juga membenarkan gadis membuat pilihan? ia tidak tertakluk pada kaum adam sahaja. Dan yang penting jangan sesekali anti lupa mengerjakan solat isikharah meskipun anti telah bertunang dengannya. Kerana jodoh dan pertemuan itu di tangan Tuhan, selagi belum diijabkabulkan..selagi itulah anti perlu tekun dgn solat sunat tersebut, moga anti diberikan petunjuk..insyaAllah..” ujarku dengan panjang lebar.Tersenyum gadis di sebelahku.

“Terima kasih atas kata2 nasihat itu, insyaAllah akan ana jadikan azimat utk meneruskan hidup ini.” ujarnya dengan penuh bersemangat.

Tiada lagi esakan darinya dan kupasti hanya senyuman manis menghiasi bibir.Selepas itu keadaan menjadi sepi. Kubiarkan gadis itu melayan perasaannya. Fikiranku juga melayang mengingatkan keluarga di kampung. Tanpa kusedar,perjalanan yg hampir 11 jam itu telah sampai ke destinasinya.Sebelum turun dari bas, sempat ku berpesan kepada gadis tersebut,

“Saudariku.. andai saudari menerima pinangan tersebut, ikhlaskan cinta itu semata2 utk mendapat keredhaan Ilahi. Moga saudari berjaya membina Baitul Muslim yg diidamkan.”

“Terima kasih. Alangkah indahnya andai bakal tunangan ana mempunyai peribadi seperti anta.Assalamua'laikum.” ujar gadis itu perlahan.

“Waalaikumussalam? insyaAllah, berdoalah pada Ilahi.”

Mataku sempat menatap sebujur wajah lembut di hadapanku itu.

“MasyaAllah? ayunya gadis di hadapanku ini.” ujarku di dalam hati. Keayuaan itu seakan terserlah di sebalik tudung labuh berwarna biru muda yg dipakainya.

**********************

“Erm, ada masalah apa mak dan ayah suruh Wazzir pulang ke kampung dengan segera ni.” Tanyaku kepada kedua ibubapaku. Kepenatan yg terasa ketika dalam perjalanan tadi hilang apabila dapat menatap wajah mereka berdua.Ibubapaku hanya tersenyum. Aku memandang mereka dengan seribu persoalan.

Rupanya mereka telah memilihkan seorang calon isteri buatku. Terkesima aku dibuatnya. Patutlah beria2 benar suruh aku pulang, mujur cutiku masih banyak lagi. Ibu mengatakan bakal tunanganku itu seorang ustazah dan mengajar di pantai timur. Lantas ibu menghulurkan sekeping gambar.Sebaik menatap gambar tersebut, terngiang-ngiang kata2 gadis yg kujumpa dalam bas tadi.

“Alangkah indahnya andai bakal tunangan ana mempunyai peribadi seperti anta.”

“Ibu, siapa nama gadis ni bu?” ujarku dengan nada gembira. Alahai..kenapalah aku lupa untuk bertanya nama gadis yg duduk di sisiku dalam bas tadi.

Di tangan-Mu Tuhan ku sandar impian

Penentu jodoh pertemuan

Seandai dirinya tercipta untukku

Relaku menjadi miliknya

Kurniakan daku serikandi

Penyejuk di mata penawar di hati

Di dunia dialah penyeri

Di syurga menanti dia bidadari

Kekasih sejati teman yang berbudi

Kasihnya bukan keterpaksaan

Bukan jua kerana dunia

Mekar hidup ini disiram Nur Kasih

Lagu kegemaranku.. "Nur Kasih".. nyanyian kumpulan

In-Team... berkumandang di corong radio.

No comments:

Post a Comment

Sepatah sudah mencukupi,
InsyaAllah teguran bermakna
hehe^^

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ittirashai!