Sunday, May 23, 2010

10 HAK YANG MESTI DITUNAIKAN


Sebelum Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya. Berikutnya ialah kandungan wasiat tersebut : “ Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah dia mengamalkan sepeuluh perkara.”

PERTAMA : HAK KEPADA DIRI SENDIRI

Iaitu : Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA : HAK KEPADA MALAIKATUL MAUT

Iaitu : Mengqada’kan kewajipan-kewajipan yang telah tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR

Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat suka kencing merata-rata. memperbanyak Solat Tahajud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT : HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR

Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat, dan saling menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN ( NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI QIAMAT )

Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT ( TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT )

Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang yang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK ( PENJAGA PINTU NERAKA )

Iaitu : Menangis kerana takutkan Allah, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah dan memperelok akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN ( PENJAGA PINTU SYURGA )

Iaitu : Redha dengan qada’ dan qadar Allah, sabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan kesalahan.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI MUHAMMAD S.A.W

Iaitu : Berselawat ke atas Baginda, berpegang kepada syariat dan as-sunnah, menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH S.W.T

Iaitu : Mengajak munusia kepada kebaikan, mencegah manusia daripada kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

SUDAHKAH ANDA MENUNAIKAN SOLAT? Dari Abdullah Bin ‘Amr r.a, Rasulullah bersabda, “ Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…..”

No comments:

Post a Comment

Sepatah sudah mencukupi,
InsyaAllah teguran bermakna
hehe^^

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ittirashai!