Thursday, March 22, 2012

::.... MeMoRi PBS-kU ...::::



Dapat slip guru ganti..(hehehe)


Pertandingan Tilawah Al-Quran..

Walaupun sekadar guru pelatih ROS a.k.a PBS

ttap xmalu sumbangkn tenaga ~^^~




Ustazah Atiqah bersemangat buat kerja

>_<



gunting2x....

tampal2x....



Hari Last..yakni arini (22/3/2012)

baru lepas jpe PK1 SK Getang (En. Kamaruddin)

.:: KoMiK 15 : UnKnOwN ViSiTor ::.

MAGICAL IMAGINATION




Bayangan mengenai dunia megic(hehehe)

sje je wt cmni

~^^~

Monday, March 19, 2012

.:: CeRpEn: LaGu BuAt DaMiA ::.


LAGU BUAT MIA...

i

“Bagusnya,Mia! Azam, sepatutnya kamu belajar dari adik kamu ni... kalau kamu berusaha lagi mesti kamu boleh jadi sehebat Mia.”

Matanya terbukak luas dan wajahnya menyerigai marah. Sudah lama peristiwa itu berlaku namun perkara itu tetap menjadi igauan mimpinya setiap malam. Azam menoleh pada sebelah kirinya, mengerling sekilas pada jam dinding di biliknya. Jam 3.00 pagi? Masih awal...dia kembali tidur. ketukan bertalu-talu singgap di pintunya membuatkan dia terjaga. Dalam kemalasan, dia berjalan ke arah pintu dan mula memulas tombol pintu. Sebaik pintu terkuak luas, tersembul wajah Damia di depannya.

“Abang, mama dengan abah suruh turun solat subuh berjema...” pintu dihempas sebelum sempat Damia menghabiskan kata-katanya. Terkesot hatinya namun ditahan jua dengan perangai abangnya yang makin menjadi-jadi semenjak sekolah rendah lagi.

Azam berlari-lari menuruni anak tangga. Kelihatannya dia tergesa-gesa ingin keluar dari rumah tetapi langkahnya terbantut apabila abahnya memanggil untuk sarapan. Sukar untuk dia menolak ajakan abahnya itu apatah lagi dengan sikap abahnya yang tegas. Baru 10 minit dia memanaskan punggungnya di kerusi, Damia tiba lengkap dengan pakaian kuliahnya.

“Buku kamu mana? Tak boleh ke kamu jadi macam Mia, bersedia dari awal-awal lagi. Subuh tadi Mia yang kejutkan mama dengan abah. Kenapa bukan kamu?” rungut Pn. Rogayah. Azam mengeluh berat. Tangan yang mencapai roti bakar hanya separuh kesampaian. Dia mengetap bibir bawahnya geram. Tanpa sebarang kata dan ucapan, dia meninggalkan meja makan begitu saja.

ii

“Keputusan pemeriksaan dah keluar. Bila cik Damia nak datang ambil?”

“Petang besok...tolong aturkan temujanji dengan Dr. Bakri boleh? Saya ada hal penting nak bincang dengan dia. Dalam pukul 3 petang?”

Berita yang dia dapat cukup sukar untuk dia terima. Dia tertanya-tanya...kenapa penyakit ni memilih dia dalam banyak-banyak orang dalam dunia ni? Dari awal kelas sehingga ingin berakhir kelas, perhatiannya cuma tertumpu pada satu perkara. Nama Damia dipanggil berulang kali namun telinganya langsung tak dapat mendengar. Fikirannya sempit dengan apa yang dia lalui untuk beberapa hari ini. Ustaz Ramli memandang Damia dengan penuh rasa hairan, begitu juga dengan rakan sekelasnya yang lain. Hari ini, Damia kelihatan begitu berbeza dengan dirinya yang selalu. Ceria. Banyak cakap. Bersemangat. Kepalanya mendongak ke atas dan bahunya mula bergegar perlahan, kemudian jelas kelihatan bahunya yang berhinjut-hinjut dan akhirnya Damia mula menangis teresak-esak lantas membuatkan mereka yang ada di dalam kelas tertanya-tanya kenapa.

“Maaf, kucing saya mati kena langgar lori.” Masing-masing tergelak mendengar jawapan yang Damia berikan. Firdaus bersiul mengejeknya berjiwa sensitif manakala Imrah pula menuduhnya terlalu emosional dan semua itu dia terima dengan hati yang penuh kepura-puraan. Dia lontarkan senyuman lebar kepada rakannya yang lain.

“Mia, cepatlah buka pintu ni! aku nak pinjam barang sekejap.” Hampir tersembur air yang baru diteguknya. Berlari dia ingin membuka pintu namun sebaik saja teringatkan botol-botol ubatnya di atas meja dia berpatah balik. Sebaik saja dia membuka pintu bilik, Azam merempuh masuk dan terus keluar setelah mendapatkan barang yang dia inginkan. Renungan mata yang tajam dan dingin itu menusuk ke dalam anak mata Damia lantas membuatkan hati Damia terkial-kial ingin bertanyakan satu soalan...hanya satu soalan yang sudah lama dia pendam.

“Kenapa abang bencikan Mia?” akhirnya keluar juga soalan yang Azam tunggu-tunggu selama ini. Dia tersengih sinis sambil memandang wajah adiknya itu.

“Kau nak tahu? Kau carilah jawapan tu sendiri!” sinis jawapan yang dia terima.

“Abang...kalau Mia dah takde dalam dunia ni, abang akan terus bencikan Mia ke?” Azam kaget mendengar soalan adiknya itu. Soalan Damia tergantung begitu saja tanpa sebarang jawapan. Selesai menunaikan solat isyak, Damia terus mengurung dirinya di dalam bilik. Dia ingin kurangkan pertemuan dengan mana-mana ahli keluarga kerana dia takut mereka akan nampak perbezaan yang sedang berlaku ke atas dirinya sekarang. Sedang leka membaca buku tiba-tiba dia terdengar bunyi bising dari tingkat bawah. Dia terus bergegas turun dan di situ dia lihat abangnya dengan bertekak dengan mamanya.

“Kamu ni nak jadi apa? kamu nak habiskan masa dengan melepak dengan kutu rayau tu? jadilah macam adik kau tu sikit.”

“Mama boleh tak jangan sebut nama Mia depan Azam?! Mama tak tahu apa-apa pun!”

“Budak ni!!” baru sedepa tapak tangan Pn. Rogayah menaik tinggi dan sejengkal hampir hinggap di pipi Azam, Damia terlebih dahulu menangkas tangan mamanya itu.

“Mama, jangan! Abang ada sebabnya tersendiri. Mama tak pernah dengan apa yang abang nak cakap. Kita dengan dulu apa yang abang nak cakap..” pujuk Damia. Azam yang mendengar makin menggelegak bara di hatinya.

“Kenapa kau mesti jadi adik aku? Kau tanya kalau kau mati aku akan terus bencikan kau atau tidak? Lagi cepat kau mati lagi bagus la!!! Kau ingat aku perlukan kau sangat ke? Kau tu cuma menambah beban aku je. Jangan cakap seolah-olah kau tahu apa yang aku alami, Mia! Bila kau cakap, semua tu akan bertukar jadi simpati dan aku tak perlukan simpati kau tu,faham?” bentak Azam dengan wajahnya yang merah keberangan. Damia tergamam sendirian. Dia menelan bulat-bulat apa yang abang dia cakapkan langsung tidak membalas atau bertindak membela dirinya.

Seminggu Damia tidak bermaya dan itu jelas ketara. Baik Ummu, Syakira dan yang lain-lain...mereka menyedari perubahan yang berlaku ke atas diri Damia tetapi melihat usaha Damia yang sentiasa berlagak ceria dan gembira membantutkan rasa ingin tahu mereka dan mereka terus diam. Kini masing-masing sibuk dengan tugasan yang diberikan oleh pensyarah malah setiap masa semuanya berhimpit dengan komputer riba.

Tiba waktu rehat Damia tidak mengikuti Nadia dan Atiqah turun ke cafe mahupun kantin. Dipaksa dirinya menyepi sendirian di dalam kelas. Sekilas dia terpandang kelibat abangnya yang melintasi kelasnya. Dipanggil nama Azam jelas namun abangnya langsung tak berhenti. Dipujuk hatinya agar keluar untuk menemui abangnya. Sebaik sahaja kakinya melangkah keluar dia lihat Azam sedang berdiri menunggunya tidak jauh dari kelas mereka. Damia tersenyum gembira kerana abangnya tidak bersikap dingin dengannya hari ini.

Damia menghulurkan satu sampul yang berisi sesuatu. Dia jelaskan kepada Azam mengenai sampul yang dia tertinggal di meja makan pagi tadi. Tanpa mengucapkan kata terima kasih, Azam mengambil sampul tersebut dan terus berlalu pergi. Damia memerhatikan gelagat abang di hadapan rakannya yang lain...abangnya tersenyum lebar dan ketawanya jelas kedengaran. Hatinya terdetik bila agaknya dia mampu mendengar abangnya ketawa bersama dengannya, senyum kepadanya? Damia mengorak langkah pulang ke kelas tetapi pertanyaan seseorang menangkap telinganya.

“Siapa tu? kekasih kau ke?”

“Gila! Dia tu? Entah...aku pun tak kenal. Mama aku yang bagi sampul ni dekat dia kot.” Selamba Azam menafikan ikatan yang wujud antara mereka berdua. Azam menoleh ke belakang dan dia terkejut melihat Damia tersenyum ke arahnya. Dia sedar akan mata adiknya yang mula berkaca tetapi tidak dihiraukan. Dia terus pergi meninggalkan tapak itu bersama rakannya yang lain.

“Itu abang awak kan?” suara seseorang memeranjatkan Damia dari belakang. Damia berpaling ke belakang dan dia dapati Firdaus berdiri di belakangnya. Agaknya sudah berapa lama Firdaus menyaksikan drama yang berlaku tadi. Dengan tenang, Damia hanya meletakkan jari telunjuknya rapat pada bibirnya sebagai tanda supaya Firdaus diamkan sahaja apa yang dia nampak sebentar tadi.

Melihat sudah ramai yang mula kelihatan di kaki coridor bangunan, Damia cepat-cepat masuk ke dalam kelas. Begitu juga dengan Firdaus. Kelas berjalan seperti biasa dan tanpa Damia sedari semenjak kelas bermula lagi, Firdaus asyik memerhatikannya. Dhiya’ yang berada di sebelahnya sedar akan perbuatan Firdaus dan hanya mampu gelak keseorangan. Damia yang hairan dengan perangai Dhiya’ secara tiba-tiba itu tidak dapat menahan dirinya dari bertanya. Lantas dibisikkan sesuatu pada telinganya dan Damia tergamam seketika sebelum dia memanjangkan kepalanya untuk melihat kesahihan cerita kawan baiknya itu.

Firdaus dengan segera menundukkan kepalanya dan menjauhkan pandangannya apabila melihat Damia berpaling ke arahnya. Manakala Damia pula malu sendiri apabila mata mereka bertentang walau untuk seketika. Setelah subjek Hubungan Etnik berakhir, subjek Sirah pula. Melihat Ustaz Baihaqi yang mula kelihatan dari luar kelas sedang berjalan memasuki kelas, Damia segera bergerak ke belakang untuk mengambil fail Sirah dan ketika itu tiba-tiba...kepalanya terasa sedikit pening. Mujurlah ada almari kecil di hadapannya yang mampu dia buat sebagai menyandar untuk seketika. Tangannya kemas berpegang pada atas almari untuk menahan dirinya daripada jatuh.

“Mia, dah dapat belum fail tu? Kenapa berdiri je dekat situ?” tanya Zati berulang kali. Zati bertambah hairan apabila melihat sesuatu menitis jatuh seperti air ke lantai kelas. Mata Zati berbeliak luas apabila melihat darah pekat tidak henti-henti menitis jatuh dan dia segera mendapatkan Damia yang kelihatan semakin goyah pegangannya.

Perkara terakhir yang Damia ingat sebelum keadaan bertukar gelap ialah jeritan Zati dan juga Ummu. Semua orang mengerumuninya ketika itu.

“Kau dah sedar? Tahu tak kat mana ni? sekarang ini kita dekat hospital dan terima kasih kepada kau, aku dah terlepas peluang nak pergi konsert artis kegemaran aku sebab aku kena jaga kau. Mama dengan abah ada hal kat...”

“Kalau macam tu,keluar..lagipun, awak kan tak kenal saya jadi perlu ke awak berada di sini sekarang. Pergilah konsert kegemaran awak tu, Azam Akhmal Hafiz. Saya tak perlukan awak dekat sini. Saya cuma perlukan keluarga saya...mama, abah dan abang saya jadi...sila keluar!” Damia tahu betapa bengangnya abang dia ketika itu tetapi apa yang Azam lakukan kepadanya tidak setimpal dengan apa yang dia rasa sekarang.

Seketika kemudian Damia didatangi mama dengan abahnya. Rupa Damia yang terkejut bagaikan melihat hantu itu menghairankan mereka. Apabila ditanya, Damia hanya mendiamkan diri. Kenapa Azam berbohong? Kena..takkanlah... Semata-mata ingin temankan dia, abangnya berbohong tapi kata-kata kasar yang dia ucapkan tadi? Ya Allah...apa yang dia dah buat ni? Manakala Azam pula melangkah keluar dari hospital dengan perasaan berang dan geram namun ada sesuatu yang menangkap perhatiannya tadi.

“....Saya tak perlukan awak dekat sini. Saya cuma perlukan keluarga saya...mama, abah dan abang saya...”

Kata-kata itu berulang kali bermain di telinganya. Dia tahu apa yang Damia cuba sampaikan tapi entah kenapa dirinya tidak mahu mengalah walau sekali kerana dia merasakan dirinya lebih rendah daripada adiknya sendiri. Dalam perjalanan pulang dia terserempak dengan rakan sekelas Damia yang datang melawat dan kebetulan dia berselisih dengan seorang budak lelaki bernama Firdaus. Budak itulah yang bergegas mencarinya di dalam kelas sewaktu Damia tidak sedarkan diri tadi. Macam mana dia tahu Damia itu adiknya? Damia yang bagitahu ke? Ahh...lantaklah! malas dia nak fikir. Firdaus sempat menguntumkan senyuman pada Azam namun hanya pandangan kosong yang dia terima. Kenapa personaliti abang Damia ni sering berubah? tadi, dia kelihatan bukan main bimbang lagi apabila melihat Damia yang berlumuran darah.

iii

Damia bingung setelah mengetahui bahawa dia hanya berdua dengan abangnya untuk beberapa hari ini. Abah dan mama akan ke luar negeri di atas urusan keluarga. Semenjak peristiwa di hospital beberapa hari lepas, Damia langsung tak berani bertentang mata dengan abangnya apatah lagi bercakap. Ingin memanggil abangnya turun dia sekadar menghantar mesej ataupun membuat missed call pada telefon Azam. Perkara yang sama berlaku pada Azam , dia tidak tahu macam mana ingin memulakan perbualan dengan Damia. Walaupun pahit untuk dia akui, rumah mereka memang sunyi kalau tak dengar suara lantang Damia seperti selalu malah dia merasakan bahawa dia tinggal sendirian sahaja.

Kini jam sudah menunjukkan jam 8.30 malam, biasanya Damia akan menghantar mesej untuk ingatkan dia tentang solat. Kenapa dia belum hantar mesej lagi? Ataupun adiknya tu sakit lagi. Dengan pantas dia mengetuk pintu bilik Damia namun tiada jawapan dari dalam. Dia hanya menunggu di depan bilik untuk seketika namun sejurus dia ingin kembali ke biliknya, terdengar bunyi barang yang jatuh dari dalam bilik dan seketika kemudian dia seakan-akan terdengar suara seseorang mengerang kesakitan. Mia sakit ke? Justeru dia terus bertanyakan pada Mia.

“Takde apa-apa. Buku Mia terjatuh...kenapa? abang nak makan ke? Nak Mia sediakan ke? Sekejap lagi Mia turun buatkan. Mia nak solat dulu, boleh?” Walaupun perlahan tetapi jelas suara Mia dari dalam. Rasa curiga Azam hilang begitu saja.

“Kalau macam tu abang nak solat isyak dulu. Kalau dah siap nanti, panggil abang dekat bilik.” Ujar Azam. Di sebalik pintu yang tertutup rapat itu, Damia terbaring menahan kesakitan yang menyerangnya. Wajahnya pucat, bersimbah peluh basah. Bibirnya pucat dan menggeletar menahan rasa perit. Tangannya menggigil cuba mencapai tombol pintu. Pintu bilik terkuak sedikit dan dia menghela nafas lega apabila dapati Azam sudah tiada di depan biliknya. Tiba-tiba rasa sebak mengcengkam dadanya, bukan sedih namun terlalu gembira kerana pertama kali Azam berbahasakan dirinya dengan panggilan ‘abang’ dengannya.

Bunyi bising di dapur menangkap perhatian Azam yang baru sahaja selesai menunaikan solat sunat Ba’diah isyak. Kakinya segera melangkah turun dari tingkat atas dan setibanya dia di ruang makan, dia lihat Damia sudahpun siap menyediakan makan malam untuk mereka berdua. Azam mencuri sedikit masa memerhatikan keadaan adiknya. Kelihatannya badan adiknya itu sudah bertambah kurus berbanding dahulu. Tambahan lagi, wajahnya yang sedikit pucat dan tak bermaya membuatkan dia tertanya-tanya adakah sakit adiknya kembali lagi.

Melihat Azam sudah berdiri di kaki meja menambahkan lagi rasa cemas dalam diri Damia kerana dia bimbang kalau-kalau abangnya sudah lapar.

“Tak payah tergesa-gesa sangat. Ambil masa Mia, abang tunggu. Mia tak nak makan sama ke? Banyak lauk ni...” Kata-kata Azam membuatkan Damia sedikit selesa. Azam menggaru kepalanya yang tidak gatal itu untuk menyembunyikan kelakuannya yang terlalu mengambil berat di hadapan Damia. Selesai makan, Damia berlari naik ke atas biliknya dan kemudian dia turun bersama beberapa barang di tangannya. Azam terkejut melihat beberapa not lirik lagu dan juga beberapa keping cd lagu kegemarannya.

“Mia cuba gubah lirik lagu ni tapi tak tahulah sesuai atau pun tak. Boleh abang tolong tengokkan untuk Mia. Cd tu pulak dah lama Mia beli untuk abang tapi tak tahu nak bagi macam mana dekat abang. Abang suka?” tanya Damia dalam takut-takut. Azam ternganga tidak percaya.

“Mia minat muzik? Habis tu, kenapa ambil course lain?”

“Kadang-kadang kita tak semestinya kena selalu ikut keinginan hati kita. Biarlah abang sorang yang bangkit perjuangkan kemahuan abang...Mia cuma...nak tunaikan hasrat mama je. Tak salah kan?” Hati Azam tersentak untuk sedetik. Apakah dia sudah tersalah anggap akan tindakan Damia selama ini? Adakah dia sudah tersilap menghukum Damia selama ini? Damia hairan melihat Azam yang tidak henti-henti menatapnya. Kenapa?

iv

Berlawanan dengan hakikat bahawa hidupnya sudah tidak panjang namun hati Damia semakin hari semakin gembira kerana sikap abangnya, Azam sudah mula mengalami perubahan.

“Apa ni? Sampai bila Mia nak sembunyikan semua ini daripada abah, mama, abang? Mia pernah terfikir tak macam mana perasaan mama bila tahu Mia akan..akan...pergi tinggalkan dia untuk selamanya?

“Sebab tu Mia tak nak sesiapa pun tahu!! Terutamanya abang! Kenapa Mia buat macam ni? sebab Mia terlalu sayangkan perhatian yang abang berikan pada Mia sejak kebelakangan ni. Abang tak tahu betapa gembiranya hati Mia bila abang mula bercakap dengan Mia, mula layan Mia sebagai adik abang...Mia tak nak perasaan gembira ni hilang...”

“Baik, abang takkan masuk campur tapi abang nak Mia fikir macam mana nak jawab dengan mama abah bila diorang tahu pasal ni.”

“Abang...sebenarnya Mia takut sangat. Takut sangat sebab Mia rasa keseorangan sangat...” Damia menarik hujung baju Azam menyedari abangnya ingin pergi dari sisinya. Melihat keadaan adiknya yang kehilangan arah membuatkan hatinya bertambah sakit. Perlahan-lahan dia memeluk adiknya rapat. Cuba memujuk adiknya yang sudah berendam air mata itu.

“Habis tu, kenapa berlagak kuat kalau Mia tahu Mia perlukan seseorang di sisi Mia sekarang? Ya Allah...Mia tak nampak ke abang kat sini? Kenapa nak sengsara sorang-sorang....lain kali, panggil abang kalau perlukan apa-apa. Ingat...abang ada.” Azam mengesat air matanya yang makin laju keluar dari matanya. Damia mengangguk laju kepalanya.

v

Sudah seminggu berlalu semenjak mama dengan abah Damia tahu bahawa satu-satunya anak perempuan mereka ini menghidapi penyakit SLE bahagian saraf. Apatah lagi setelah mereka tahu bahawa masa mereka bersama sudah tidak lama lagi. Sewaktu Pn. Rogayah tahu akan penyakit anaknya ini, sehari suntuk dia mengurung dirinya di dalam bilik. Tidak mahu bercakap mahupun makan. Manakala abah Damia pula tidak berhenti-henti menyalahkan dirinya kerana tidak mengambil berat akan kesihatan anaknya sendiri.

Setelah selesai menandatangani kontrak dengan syarikat rakaman pilihannya, Azam melangkah keluar dengan dada yang lapang. Tidak sabar rasanya dia ingin menunjukkan bukti dia seorang penyanyi kepada Damia ketika itu. Tiba-tiba, telefon bimbitnya berdering rancak dan sejurus mengangkat panggilan itu, wajah Azam terus berubah rupa dan dia mula berlari seperti orang hilang akal menuju ke suatu tempat.

Azam menolak pintu bilik wad dengan wajah yang tegang. Orang ramai di sekelilingnya tidak dihiraukan. Yang berada dalam fikirannya sekarang ialah Damia. Dia seakan-akan tidak mahu menerima kenyataan bahawa adiknya akan pergi tinggalkan dia. Azam mendekatkan mukanya pada Damia. Dalam kepayahan, Damia membuka mulutnya ingin mengatakan sesuatu kepada abangnya.

“Mia ra..rasa Mia dah..jum..jumpa penyakit abang tu. Penyakit abang ialah kesunyian...sunyi itu lebih bahaya daripada penyakit Mia..abang terlalu sunyi sebab tu abang ter..lalu obses dengan kawan-kawan abang tu. Mia minta ma..af sebab terpaksa ting..galkan abang macam ni je dan kalau boleh..Mia taknak tinggalkan abang macam ni. Abang, Mia akan buat abang lebih kesunyian lepas ni...Mia betul-betul minta maaf..” Damia tersenyum lebar. Senyuman itu mekar sejak dari mula mata mereka bertentang.

“Mia...” setitis demi setitis air matanya jatuh membasahi pipi Damia. Bibir Azam kelu untuk menuturkan sesuatu. Abah di sebelah mula membisikkan kalimah syahadah di telinga Damia dan sedetik seketika....rohnya terpisah dari jasad. Jemarinya menggeletar sewaktu menyentuh kedua pipi Damia, air mata tidak tertahan lagi selain daripada menitis tanpa henti dari kolam matanya tetapi raut wajah Azam tetap tenang. Dia mencium dahi Damia dan hidung adiknya itu.

“Maafkan abang...” bibirnya terketar-ketar mengucapkan kalimah maaf dan tanpa henti dia mengusap-usap pipi Damia yang perlahan-lahan mendingin. Bahunya mula berhinjut perlahan.

“Maafkan abang...maafkan abang!” akhirnya rasa menyesakkan di dalam dada Azam terlepas dari kurungannya selama ini. Dia menangis semahu-mahunya sambil memeluk jasad Damia. Pn. Rogayah tidak mampu lagi menahan rasa sebak yang mencengkam dalam dirinya setelah melihat kelakuan Azam itu. Dia berpaling ke sisi suaminya dan terus memeluk suaminya itu rapat. Syakira, Ummu, Zati dan semua yang berada di situ tidak dapat melarikan diri dari situasi itu. Masing-masing sudah kekeringan air mata untuk ditangiskan. Semenjak pagi tadi mereka berada bersama Damia...tangisan mereka tidak pernah surut dan air mata tidak pernah berhenti mengalir keluar dari mata. Kemudian, beberapa orang kakitangan hospital mendekati Damia...

“Waktu kematian 12.30 tengah hari.” Di saat jururawat ingin menyelimuti seluruh badan Damia, Azam melarang mereka menutupi wajah Damia. Dia belum puas menatap wajah adiknya dengan pandangan kasih dan sayang. Tidak pernah dia melihat adiknya sebagai seorang yang dia sayangi. Selama dia hidup dia hanya memandang Damia dengan pandangan benci, geram, marah dan dengki. Dia ingin menatap Damia untuk kali terakhirnya sebagai seorang abang yang begitu menyayangi adiknya. Masing-masing meninggalkan Azam sendirian bersama Damia di dalam wad itu.

4 TAHUN KEMUDIAN....

“Kunjungan penyanyi terkenal, Azam Akhmal Hafiz ke pusara seorang wanita telah menimbulkan begitu banyak spekulasi dan juga khabar angin yang kurang enak. Ingin tahu berita selanjutnya kita temui Azam.” Televisyen ditutup setelah kedengaran deru azan di komputer ribanya. Manakala Pn. Rogayah dan suaminya menunggunya di ruang solat. Selesai solat Azam terus membuka al-quran dan membelek pada muka surat yang ditandanya. Belum sempat dia mengalunkan bacaannya, telefonnya berdering kencang. Ingin dibiarkan saja namun dibimbangi adanya hal-hal penting.

“En. Azam, saya Farahim dari KBS News. Mengenai pusara yang anda kunjungi selalu...”

“Tak perlulah tahu siapa dia yang terkubur dalam pusara itu, cukuplah anda tahu dia orang yang paling saya sayang...” setelah menjawab beberapa soalan daripada wartawan tersebut, Azam mengakhiri perbualannya dan usai menyedekahkan bacaan ayat suci kepada arwah Damia, Azam terdengar lagu yang pernah Damia pinta dia gubah di corong radio HOT FM..

“Dengarkan lagu yang memenuhi permintaan ramai..Lagu Buat Damia nyanyian Azam.”



p/s: citer ni xde kene-mengena dgn yg hidup/ yg mati...

kalau ade nme sme, kebetulan je tu...

Sunday, March 18, 2012

.:: KoMiK 14 : HaLaLkAn ApE YaNg HaRam ::.



Salah satu cara di mana

Perempuan/lelaki yang haram untuk kamu sentuh

supaya menjadi halal :

1. NIKAH (hehehe)

2. NIKAH (hahaha)

3. NIKAH (hikhik)

Ade cara yang paling selamat/afdal berbanding ni?

(nikah gantung??)

Emmm......

---------------------------------------------------

p/s: Jgn salah faham pulak tajuk post tu...

~^^~

.:: KoMiK 13 : DoAkU UnTuK KiTe, SaHaBaT! ::.



~Amin....~

>_<

.:: KoMiK 12 : SaHaBat DuNia AkHiRaT ::.

FRIENDS....Now & Hereafter

Alhamdulillah...hidup dikelilingi dgn para sahabat

yg sentiasa ingatkn aku pada Allah...


----------------------------------------------

Atiqah Abdullah, Zati Bayani, Baitil Atiqa, Ku Fasehah, NorFarahin

Nurfarahim, Ummu Aiman, Nursyakira, Nur Syahida, Fatihah, Dhiya' Dalila

Siti Nurraihan, Wan Norliyana and seme2 yg bersahabat dgn syer..

.:: Komik 11 : AuRaT KiTeRR!! ::.

AURAT KITER..

Selagi terdaya, jagalah aurat kita yep!!

p/s: kalu nak insaf cket, bacelah kisah2 psal xtutup aurat neh...

(skdar peringatan)

~>_<~

Sunday, March 11, 2012

.:: ReNungan SemeNtaRa .::

video


video

.:: PeNaKLuk KoNsTaNtiNoPeL ::.

video

Jom tengok dan halusi apa yg mahu disampaikan oleh video ini..~^^~

.:: SeSaT DaLaM TTC ::.


Wua...wua...

first time kali ni p Pameran Computer kt TTC bleh sesat dlm tu...

dua kali pusing dalam tu carik jalan keluar tapi xjumpe-jumpe..

hahaha...(memalukan jer!) ~^^~



-----------------------------------------

berlegar-legar hampir 10 minit akhirnya baru jumpe jalan kuar

tapi....

rupanya tu jalan masuk...pak guard xbagi keluar ikut jalan tu sebenarnya

tapi adik bagi alasan dan di atas budi bicara pak guard benarkan jugak

(mekasih, pak cik!!)


------------------------------------------------

walaupun hari terakhir tapi pengunjung tetap ramai macam hari first

sesak sangat...

kat sana, beli mp3 satu..hahaha..akhirnya tercapai jugak niat di hati

adik pun beli jugak tpi murah je..

walaupun murah tapi rasa bahagia tu tetap ada...(alhamdulillah)

------------------------------------------

nak beli external hard disk tapi harga mahal sgt..(5oog = RM250/280)

kwn bagitahu harga hard disk mmg naik sbb HUJAN??

memang pun..akhirnya xjadik beli external (tunggu tahun dpn plak)

-----------------------------------

okaylah setakat ni je dulu...

Assalamualaikum W.B.T

(>_<)

Thursday, March 8, 2012

.:: KoMiK 9 : SeBuAh CeRiTe ::.

SEBUAH CERITA




Penerapan kisah dan sirah Nabi perlu diterapkan

dalam diri kanak-kanak semenjak mereka kecil lagi.

so, ibu bapa kakak abang adik tok nenek

kena amek peranan...^^

.:: KoMiK 10 : SaTu PeRtEmUaN SPECIAL ::.

SATU PERTEMUAN SPECIAL




Monday, March 5, 2012

.:: KoMiK 8 : MaGic DaLaM IsLaM .::

MAGIC DALAM ISLAM



Jaga Iman, Jaga Taqwa, Jaga Agama

-Jgn sesekali bersekongkol dgn syaitan-

.:: KoMiK 7 : OnLiNe DeNgAn ALLAH ::.

ONLINE DENGAN ALLAH





إياك نعبد ؤإياك نستعين(5)

Maksud: Hanya kepada Engkau kamu sembah dan
hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan.

(Al-Fatihah:5)

...............................................................

se SIHAT mana, se SAKIT mana,

se KAYA mana, se MISKIN mana

kepada Allah jua kita berbalik, berpaling memohon sesuatu

melalui SOLAT kita menghubungkan diri kita kpdNya,

kerana solat itu jambatan yang menghubungkan Allah dengan HambaNya ..

>_<

p/s: So, jgn malu2 nk online dgn Allah

.:: KoMiK 6 : SaTu PeRtEmUaN ::.

SATU PERTEMUAN







Saturday, March 3, 2012

INFO MEMERANJATKAN: KPOP SIMBOL ILLUMINATI (LUCIFER)??




Astaghfirullah.....

Mendapat perkhabaran daripada jiran sebelah bilik (Thank you,NorFarahin!!) mengenai penelusupan masuk illuminati tanpa kita sedari melalui kumpulan2 korean idol yang kite gemari. merujuk kepada satu blog iaitu http://kpopilluminati.blogspot.com kpop2 idol telah menggunakan pelbagai simbol2 yg jelas lagi ketara dalam setiap Music Video (MV) mereka seperti memakai baju merah (simbol ritual pengorbanan untuk syaitan Lucifer), lantai chessboard dan juga tiang2 serta banyak lagi seperti:

1) membulatkan jari di mata kanan (all seeing eye)
2) membentuk bintang kepala kambing menggunakn jari jemari (Super Junior mse debut 'Mr.Simple')
3) membentuk no.6 (666 adalah nombor bgi syaitan lucifer)
4) guna merpati (lambang transhumanition) [Snsd dlm MV 'The Boys'


------------------------------------------


Antara kumpulan kpop yg menggunakan simbol2 tersebut ialah:

1. Shinee
2. Snsd
3. B.E.G
4. Orange Caramel
5.Sistar
6. 2Ne1
7.Big Bang
8.Miss A
9.Boa
10.F(x)

------------------------------------------


Salah satu tanda golongan ini ialah populariti mereka menaik secara mendadak dan mereka berjaya menarik kita secara besar-besaran.

tengok betapa kuatnya tarikan mereka ini!









MEMBENTUK PIRAMID

cube tgok dlm kedua anak mata GD



------------------------------------------

Antara artis Amerika ialah:

1.Emma Watsons
2. Lady gaga
3.Jay-z
4. Rihanna
5. Christina Aguilera

-----------------------------------------

InsyaAllah, kita umat ISLAM kuatkan hati mantapkan iman kukuhkan kepercayaan pasakkan tiang taqwa dalam diri sekuat-kuatnya agar tali kita dengan ALLAH sentiasa tegang dan bersambung...

Mungkin akan ada org yg kata yg kita nampak illuminati je! mungkin mereka2 ni (kpop idols) xthu menahu pon pasal ni! But MENCEGAH SEBELUM MERAWAT! Entry ini bukan niat di hati ingin menghukum atau melabel artis korean tersebut tetapi seiring dengan kewarasan akal fikiran mereka (xkan tak tahu pasal illuminati and so on kan??) dapatkah kita masih menganggap bahawa pose dan tanda2 dalam video mereka itu dibuat tanpa mereka sedari apa maknanyer??

Ketuk kepala, sapa akal, tanya Iman!

hehehe....>_<

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ittirashai!